Thursday, April 15, 2010

Janji


Anda telah memungkiri janjimu. Harapanku padamu telah dihapuskan. Akan ku ingati segalanya.

Akan tetapi, adakah anda benar-benar memungkiri janji itu? Ataupun anda teramat sibuk sangat...

Adakah anda telah melupakan saya?
Begitu senangnya mu melupakan seeseorang...

Tahukah anda akan perasanan ku...
Betapa susahnya untuk ku melupakan mu...
Amat ku merindui mu...

Sehingga kini, hanya saya sendiri yang menganggap bahawa anda telah memungkiri janjimu. Permintaan ku padamu buat terakhir sekali. Saya rasa iaitu tidak melampau langsung.

Pelbagai persoalan yang timbul dalam hatiku. Saya tahu bahawa saya mesti mengurangakan keraguan dalam hati, keinginan untuk mengetahui keadaan mu.

Sesuatu yang telah saya lakukan di luar kawalan hati. Saya tidak perlu nyatakan perbuatan itu. Saya hanya akan nyatakan bahawa saya tahu anda tidak memungkiri janji tersebut. Leganya...!!!

Walau bagaimanapun, saya tahu saya perlu menghentikan dan mengelakkan diri ku daripada mu. Segala yang berkaitan dengan mu. Saya mesti dan wajib lepaskan genggaman mu dalam hati ku.

Hanya hati yang tahu perasanannya. Apa yang telah berlaku telahpun berlalu. Bahkan segalanya akan menjadi kenangan. Kenangan-kenangan bagaikan pengajaran dan pengalaman hidup.

Kemanisan dan kepahitan yang ku gengami sekuat-kuatnya akan ku lepaskan suatu hari nanti. Lama-kelamaan, perasaan terhadap mu akan mejadi pudar. Kejayaan itu wajib ku capaikan...

No comments:

Post a Comment